Download Definisi Modal Insan PDF

TitleDefinisi Modal Insan
File Size137.6 KB
Total Pages11
Document Text Contents
Page 1

Definisi MODAL INSAN atau human capital

The set of skills which an employee acquires on the job, through training and
experience, and which increase that employee's value in the marketplace.
http://www.investorwords.com/2359/human_capital.html

Human capital refers to the stock of productive skills and technical knowledge
embodied in labour.
http://en.wikipedia.org/wiki/Human_capital

Modal insan bermaksud:
• Mempunyai sakhsiah yang terpuji
• Menghayati sistem kepercayaan berfalsafah dan berprinsip
• Berintegriti: ada wawasan, perancangan yang rapi, keterampilan diri, pemantaun
dan adab dan akhlak terpuji
(kertas kerja I Dr. Che Noraini Bt Hashim, Pensyarah UIAM pada konvensyen
tersebut)

Kepentingan Modal Insan

“Untuk membangunkan modal insan, kita mahu memberi ilmu pengetahuan yang
secukupnya, kita mahu mendidik mereka menjadi bangsa yang berpekerti mulia,
mempunyai hemah yang tinggi, berjiwa besar, cintakan negara dan mereka
mempunyai kekuatan jasmani dan kekuatan rohani.

Kita mestilah menjadi rakyat yang cintakan negara ini, rakyat yang bersemangat,
bersedia bekerja dengan kuat, bekerja dengan rajin serta menjadi rakyat yang
mengamalkan budi bahasa yang bermutu tinggi.”
PM Malaysia (Petikan Perutusan Hari Kemerdekaan ke-48)

Modal Insan negara yang berkualiti merupakan elemen paling kritikal dalam
mencapai misi nasional. Oleh itu, pembangunan modal insane akan menjadi teras
utama pembangunan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-9. Pembangunan
modal insan akan dilaksanakan secara holistic merangkumi pemerolehan
pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek termasuk keupayaan
keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi serta memiliki sikap, nilai dan
etika positif dan progresif melalu pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang
hayat.
(Rancangan Malaysia ke-9: RMK 9)

"Tiada satu penekanan khusus yang diberikan bagi membangunkan insan
khususnya golongan muda terpelajar ini dalam sasaran utama pelan tersebut," ujar
Kamarudin mempertikaikan keseriusan kerajaan yang pernah menyebut agenda
pembangunan modal insan sebagai aset utama negara yang kelihatan tidak selari

http://en.wikipedia.org/wiki/Human_capital

Page 2

dengan perancangan dan tindakan yang dibuat setakat ini.

Di bawah rancangan jangka panjang yang dinamakan Pelan Strategik Pengajian
Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020 yang dilancarkan Perdana Menteri itu
menggariskan tujuh teras utama iaitu meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti,
menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran, memperteguh penyelidikan
dan inovasi, memperkasakan institut pengajian tinggi, mempergiat
pengantarabangsaan, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dan
mengukuhkan sistem penyampaian KPT.
(sumber: Harakahdaily.net)

Tidak dapat kita nafikan modal insan merupakan satu-satunya jawapan untuk
mengisi kelompongan-kelompongan nilai murni dikalangan rakyat Malaysia tatkala
ini. Kejadian rasuah, pecah amanah, gangguan seksual dan jenayah lain terjadi
kerana ketiadaan modal insan dikalangan masyarakat. Bukan hendak menuding jari
ke mana-mana pihak, tetapi disebalik ambang kemerdekaan ke-51 negara pada 31
Ogos ini, di manakah kedudukan modal insan di Malaysia yang menjadi subjek
utama untuk ditekankan di peringkat atasan.

Kita lihat sahaja, sistem pendidikan sekarang yang kebanyakan menekankan
tentang praktikal bekerja semata-mata, dimanakah nilai-nilai murni yang
sepatutnya diterapkan dikalangan pelajar tidak kira di peringkat sekolah mahupun
universiti. Jika kita meneruskan pelajaran di universiti, berapakah banyakkah
agaknya jam kredit wajib diambil hanya untuk meningkatkan modal insane di
kalangan pelajar university?
Bagi umat Islam, apabila kita membincangkan tentang modal insan pasti sekali kita
akan berbalik kepada pengisian dari sudut rohani. Dalam menghadapi zaman fitnah
yang dahsyat ini, tarbiyyah(didikan) semestinya diperlukan oleh semua. Jangan kata
pelajar sahaja, pak-pak menteri juga perlu diisi dengan pengisian rohani mereka.
Isu rasuah yang berlegar-legar dikalangan mereka seakan-akan menjadi suatu
kebiasaan pada akhir-akhir ini. Orang yang memegang amanah untuk menjadi BPR
juga menghadapi tuduhan rasuah.

Mengikut statistic pada tahun 2008, sehingga bulan Jun sebanyak 319 kes rasuah
yang dilaporkan. Adakah ini satu perkara yang normal? Amanah dipersia-siakan
apakah mereka tidak menilai tentang implikasi pada hari pembalasan nanti? Lebih
dekat dari itu, adakah mereka akan tenang dalam kehidupan? Lebih pelik dari itu,
orang yang menerima rasuah ini rata-rata mempunyai pendidikan yang baik.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hamba-Nya ialah
mereka yang berilmu." (Surah Fatir, ayat ke-28)

Namun, modal insan bukan sahaja khusus untuk masyarakat Islam malah kepada

Page 5

berautoriti di samping ilmu akal. Antara zaman yang paling dekat dengan zaman
Greek menurut kajian ialah zaman Nabi Sulaiman, putera Nabi Daud yang perkasa
dan dianugerahkan oleh Allah dengan pelbagai kebolehan termasuk keagungan
kerajaannya yang sudah pasti berasaskan kepada ilmu berkualiti bersalut pancaran
tauhid ketuhanan kepada Allah.

Dalam konteks mahasiswa, mahasiswa merupakan antara entiti terpenting dalam
sesebuah negara yang memerlukan pengganti berkualiti. Begitu juga apabila
disentuh berkaitan universiti, mahasiswa dan universiti sepersis irama dan lagu
yang tidak akan dapat dipisahkan. Kedua-duanya saling memerlukan dan
mempunyai perhubungan yang begitu rapat. Universiti merupakan institusi
pendidikan yang kaya dengan khazanah keilmuan dan sarat dengan pembudayaan
ilmu seperti membaca, menulis, berfikir, menyelidik, berhujah dan seumpamanya.
Di sini berkumpulnya ribuan sarjana, ilmuwan dalam kepelbagaian bidang yang
diceburi.

Hubungan unik antara universiti dan mahasiswa akan kelihatan luar biasa dan ganjil
sekiranya elemen pembudayaan ilmu tiada dan semakin hari kian merudum.
Keganjilan ini dirasai lantaran merasai bahawa terdapat perbezaan ketara antara
institusi ini dengan institusi pada peringkat bawah jika kedua-duanya sama sahaja
mutunya. Sesungguhnya universiti adalah tempat pembudayaan ilmu secara formal
yang paling ideal. Tiga fungsi utamanya ialah pemindahan ilmu, penyumbang ilmu
dan penggunaan ilmu. Tiga fungsi inilah dianggap sebagai teras kepada falsafah
dan matlamat penubuhan universiti.

Namun tiga fungsi ini tidak akan bermakna apabila mahasiswa sendiri tidak
menepati ciri-ciri yang sepatutnya. Terdapat persoalan yang memungkinkan kita
memahami permasalahan ini. Adakah mahasiswa yang lulus cemerlang PNGK tetapi
tidak dalam akhlaknya, layak universiti banggakan? Atau adakah mahasiswa yang
berpeluang menjawat jawatan besar dalam sesebuah syarikat terkenal namun
besar juga penyelewengannya layak dibanggakan? Atau patutkah universiti berasa
bangga dengan mahasiswa yang lebih mengenali para artis berbanding para
pensyarahnya? Atau mahasiswa yang rajin membaca komik, majalah hiburan,
majalah picisan, dan seumpamanya berbanding jurnal, buku ilmiah, majalah Dewan
Masyarakat, Majalah I dan sebagainya yang patut dibanggakan?

Sekurang-kurangnya persoalan tersebut dapat memberi gambaran umum berkaitan
perbezaan budaya Ilmu di kalangan mahasiswa. Apatah lagi jika kita ingin mencari
mereka yang cenderung kepada budaya berhujah, budaya menyelidik, budaya
berfikir, budaya bertanya, budaya menulis dan seumpamanya. Siapakah
sebenarnya mahasiswa yang benar-benar menepati gagasan modal insan yang
disebut selama ini. Patutkah mahasiswa yang tidak memenuhi ciri-ciri budaya
keilmuan layak diklasifikasikan sebagai golongan intelektual yang menepati
tuntutan modal insan atau sumber manusia ini?

Page 6

Pemerkasaan budaya berilmu patut diteruskan tanpa mengenal rasa penat
membanting tulang. Bayangkan terdapat ulama yang meninggal sewaktu bukunya
masih di sisinya. Terdapat juga yang sudah nazak namun masih lagi menyuruh
pembantu atau rakannya mengambil alat tulis kerana ingin menulis idea yang
muncul ketika itu. Komitmen mereka terhadap ilmu dan keilmuan amat
mengagumkan. Mahasiswa khususnya muslim, sepatutnya komited dengan proses
pembelajaran mereka. Amat memalukan jika golongan bukan Islam sentiasa
berkepit dengan jurnal serta buku sedangkan mahasiswa dan remaja Islam sering
berkepit dengan teman lelaki atau wanita tanpa segan silu.

Siapalah kita tanpa ilmu. Ilmu ibarat cahaya yang menerangi kegelapan malam.
Kegelapan atau kemalapan lambang kejahilan yang menjadi musuh masyarakat,
negara dan agama. Harapan menggembleng sepenuhnya modal insan atau sumber
manusia tentu tidak kesampaian jika elemen keilmuan diabaikan dan tidak menjadi
sebagai faktor utama dalam membina tamadun kemanusiaan yang berasaskan
nilai-nilai murni. Tanpa ilmu, menurut Imam Ghazali, manusia dalam keadaan tanpa
pakaian. Manusia sebegini sepatutnya harus malu dengan sikap sendiri. Sikap tidak
mementingkan modal insan, bahkan yang lebih teruk, bersikap endah tidak endah
dengan budaya keilmuan.

DEFINISI MODAL INSAN 2

Definisi modal insan dalam Islam sangat berbeza daripada Barat yang asasnya adalah fahaman
kapitalis. Islam mengenal pasti pembangunan sumber manusia sebagai elemen terpenting
dalam modal insan kerana sumber yang utama ialah individu. Modal insan tidak seharusnya
dilihat dari sudut latihan, kemahiran, kepakaran, profesional, kelebihan maklumat dan
sebagainya malah harus mempunyai ciri-ciri pembangunan ke atas insan yang menerapkan
sifat-sifat amanah, jujur, berakhlak mulia, progresif, cergas dan bertamadun.

Keperluan dunia semata-mata tidak akan memberi kelebihan ke atas pembangunan modal
insan kerana tujuan penciptaan manusia ialah jelas seperti maksud Surah Az-Zariyat ayat 56;

“Tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”.

Hasil akhir yang cemerlang adalah tonggak utama pembangunan modal insan dalam Islam
kerana Islam telah menyediakan satu sistem hidup yang lengkap dari mula lahir hinggalah ke
akhir hayat. Konsep pembangunan sumber manusia dalam Islam adalah proses menyeluruh
untuk membentuk insane yang berguna. Manusia yang lahir kelak akan menerima janji daripada
Tuhannya iaitu ;

“Sekiranya penduduk sesuatu negeri itu bertakwa nescaya Kami akan membuka kepada
mereka (pintu-pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi”.
(Surah Al-A’raf ayat 96)

Similer Documents