Download Kajia Tindakan Kemahiran Menerang PDF

TitleKajia Tindakan Kemahiran Menerang
File Size238.3 KB
Total Pages14
Document Text Contents
Page 8

5

d) Dapatkan Maklum Balas Pelajar

Dalam proses mendapatkan maklum balas, berlakunya interaksi dua hala

antara guru dan pelajar. Guru mesti melibatkan pelajar dengan melihat reaksi dan

tingkah laku pelajar. Sekiranya pelajar menunjukkan perhatian kepada guru, maka ini

menunjukkan pelajar seronok dan berminat untuk mengikuti sesi pembelajaran.

Malah, guru perlu memberikan peluang kepada pelajar untuk menunjukkan

kefahaman, minat dan sikap mereka terhadap proses pembelajaran tersebut.

2.4 Komponen Kemahiran Menerang Dengan Cara Yang Betul.

Rajah 1: Komponen penting yang terdapat dalam kemahiran menerang

Komponen Kemahiran Menerang

1) Arah Permulaan

Menarik dan mengekalkan perhatian pelajar untuk mengekalkan kesediaan
 pelajar untuk belajar.

2) Kemahiran Ilustrasi

-Menggunakan contoh-contoh yang menarik, bersesuaian dan jelas.

-Mempelbagaikan media pandang dengar yang boleh merangsang pembelajaran

3) Penyusunan Idea

- Perkembangan idea yang teratur

- Penerangan lisan yang jelas dan tepat

4) Penutup

-Susunan atau penyatuan idea

-Mewujudkan isi penting pembelajaran

Similer Documents