Download Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034) PDF

TitleLaporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)
File Size968.4 KB
Total Pages76
Document Text Contents
Page 1

1


BAB 1 : PENGENALAN



Latihan industri merupakan salah satu syarat yang telah diwajibkan

kepada para pelajar politeknik di seluruh Malaysia bagi memenuhi sistem

pengajian serta sebagai syarat untuk penganugerahan Sijil atau Diploma

yang diiktiraf oleh Kementerian. Bagi politeknik-politeknik di seluruh

Malaysia, para pelajar akan menjalani latihan industri pada semester tiga

bagi Kursus Sijil dan semester empat bagi Kursus Diploma.

Tempoh masa yang diperuntukan bagi seseorang pelajar itu untuk

menjalani latihan industri ialah semasa lebih kurang 20 minggu. Penempatan

latihan industri pelajar semasa menjalani amali ialah di Jabatan Kerajaan

ataupun Swasta . Peraturan dan prosuder permohonan adalah mengikut

sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik.





Oleh kerana latihan industri lebih cenderung kepada bidang teknikal,

para pelajar seharusnya memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari di

politeknik supaya segala tugas dan kerja yang diberikan oleh pihak

organisasi dapat dilaksanakan dengan sempurna. Para pelajar perlu

mematuhi segala peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh pihak

organisasi sepanjang tempoh menjalani latihan industri di organisasi

tersebut.

Dalam sistem pembelajaran Politeknik Malaysia, semua politeknik

menerapkan satu sistem yang berdasarkan prosuder Jabatan Pendidikan

Teknikal Malaysia. Setiap bidang atau jurusan pembelajaran di Politeknik

perlu mewajibkan pelajarnya melalui latihan industri ataupun praktikal.

Pelajar-pelajar yang telah berjaya menjalani latihan industri layak untuk

meneruskan pengajian ke peringkat atau semester seterusnya.

Page 75

75
















BAB 8 - KESIMPULAN



Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana limpah kurnia-Nya

dapat juga saya menjalani Latihan Industri dengan jayanya sehingga tamat

tempoh latihan tersebut. Sepanjang saya menjalani latihan industri selama

20 minggu bermula dari 17 Disember 2012 hingga 3 Mei 2013, dapat saya

simpulkan bahawa program latihan industri ini sememangnya memberi satu

bentuk latihan yang berbeza kepada pelajar bagi memahami ilmu yang

dipelajari secara teori selama ini di politeknik. Selain itu, ia amat berguna

kepada para pelajar dimana dapat merasa dengan alam pekerjaan yang

sebenar malahan program ini juga turut memberikan pengalaman yang

berguna kepada saya untuk menbina ketabahan diri dan jati diri yang teguh

dalam menempuhi segala cabaran dan dugaan yang mendatang.

Sememangnya tugas dan tanggungjawab yang digalas sebagai

seorang Jurutera amat berat sekali. Hal ini kerana sebarang kegagalan

sesuatu projek dipertanggungjawabkan ke atasnya. Semasa sesi

pemembelajaran, pelajar hanya diajar secara teori dimana penyelesaian

masalah dijawab dengan pengiraan dan pertimbangan berdasarkan teori.

Namun dengan menjalani program latihan seperti ini, pelajar sekurang-

kurangnya dapat membuka mata melihat masalah-masalah sebenar yang

berlaku dalam industri kejuruteraan.

Similer Documents