Download PERTANIAN LESTARI PDF

TitlePERTANIAN LESTARI
File Size314.7 KB
Total Pages8
Document Text Contents
Page 2

2


Memaksimumkan sumber persekitaran sambil mengawal proses ekologi dan

memelihara biodiversiti dan khazanah semulajadi

Menghormati ciri-ciri autentik atau unik komuniti asal, memelihara warisan

kebudayaan dan nilai traditional serta menerapkan toleransi dan fahaman antara

budaya.

Memastikan perlaksanaan jangka panjang dalam operasi pelancongan yang

memberikan peluang peluang pekerjaan, menghapus kemiskinan dan mengurang

ketaksamaan sosial serta meningkatkan perkhidmatan sosial kepada komuniti asal



Pelancongan lestari merupakan jenis pelancongan mengintergrasikan semua

sumber jaya yang wujud yang berupaya dibentuk sebagai produk pelancongan

menarik. Terdapat empat pembahagian utama sumber jaya yang kerap dikenalpasti

iaitu:

(1) Sumberjaya Semulajadi: pantai, sungai, gunung, tasik, bukit, gua, laut, bakau

(2) Sumberjaya Warisan: monumen, bangunan, kebudayaan, cara hidup.

(3) Sumberjaya Pertanian: sawah, dusun, tanaman, ternakan, perikanan

(4) Sumberjaya Buatan Manusia: taman tema, pentas, stadium



Disebabkan kepentingan pembangunan pelancongan lestari berkedudukan amat

kritikal maka petunjuk pembangunan telah dibentuk bagi menentukan halatuju

perancangan bagi memudahkan pencapaian matlamat pembangunan pelancongan

lestari.



Terdapat empat tunjang utama untuk kawasan atau destinasi sebagai penawar dan

lapan prinsip untuk pengguna atau pelancong yang melawat bagi mencapai

matlamat tersebut.



1. Kelestarian Ekonomi –

Keuntungan semasa dan jangka panjang

- menggunakan piawaian dan panduan antarabangsa untuk latihan dan pensijilan.

- mempelbagaikan aktiviti dan produk pelancongan.

- menyediakan bantuan untuk latihan, pembangunan dan pasaran produk.

- mempromosi kepekaan terhadap etika dan persekitaran.

- memberi insentif untuk busines yang menggunapakai konsep kelestarian.

-membina rantaian hubungan pada semua peringkat perniagaan.



2. Kelestarian Ekologi

– mengekalkan kepentingan proses ekologi, sumber dan biodiversiti.

- menentukan kod amalan untuk pelancongan pada semua peringkat

- menentukan panduan operasi, penilaian & kawalan impak

- merangka polisi dan strategi pembangunan yang seiring dengan konsep.

- memastikan rekaan, perancangan, pembangunan dan operasi fasiliti menerap

prinsip konsep pembangunan lestari

Page 4

4


2) KAEDAH PENGAJARAN

Terdapat tiga teras kaedah pengajaran dan pembelajaran iaitu Penerapan nilai-nilai

murni pendidikan alam sekitar dalam setiap aktiviti pembelajaran, Menyediakan

rangsangan aktiviti yang membina kreativiti pelajar untuk menyelesaikan isu-isu alam

sekitar dan Penggunaan sumber dan bahan bantu mengajar berunsurkan daripada

bahan2 terbuang.

Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran pula terbahagi kepada empat

iaitu perbincangan melalui pembelajaran koperatif, permainan alam sekitar, kerja

amali dan projek.

Pembelajaran Koperatif bermaksud setiap aktiviti pembelajaran yang

dijalankan adalah di dalam bentuk berkumpulan. Pelajar saling berinteraksi antara

satu sama lain di dalam kumpulan dan tujuan utama adalah untuk mencapai

kemajuan dan prestasi yang seimbang. Kaedah ini melibatkan murid secara

menyeluruh dan etiap ahli kumpulan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan

kumpulan.

Kaedah yang kedua ialah permainan alam sekitar. Permainan Alam Sekitar

ialah menjalankan aktiviti permainan yang mempunyai unsure-unsur alam sekitar.

Ianya boleh dijalankan di dalam dan di luar kelas. Selain itu, ianya boleh

meningkatkan semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan murid dan guru.

Contoh permainan alam sekitar adalah seperti larian marathon sempena hari bumi,

pertandingan yang bercorakkan kebersihan yang menjaga alam sekitar.

Pertandingan melukis, mewarna, puisi drama yang bertemakan kepada alam sekitar

juga boleh dijalankan bagi permainan alam sekitar ini.

Kaedah yang seterusnya ialah kerja amali. Kerja amali ialah mempraktikkan

sesuatu pembelajaran melalui kerja luar atau kajian luar di sesuatu kawasan dengan

tujuan untuk mengkaji dan melihat aspek-aspek yang berkaitan dengan alam sekitar.

Sewaktu menjalankan projek Alam Sekitar ini, perkara yang perlu diambil kira ialah

kos, keselamatan, tarikh dan masa menjalankan kerja luar, keluasan kawasan dan

juga faktor manusia. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah membuat lawatan ke

kawasan kajian untuk membuat penyelidikan.

Kaedah yang seterusnya ialah membuat projek. Kaedah Projek adalah

mempraktikkan apa yg dipelajari ke dalam sesebuah projek. Contoh projek yang

melibatkan alam sekitar ialah Amalan 5r: rethink, reduce, repair, reuse and recycle,

Penghijauan tanaman dan landskap, Gotong royong perdana, Seminar berkaitan

dengan alam sekitar, dan Mengadakan hari khas seperti hari kitar semula, hari tanpa

plastik.

Peranan guru dalam dalam kelima-lima kaedah ini ialah mempunyai

kesediaan utk berinteraksi dgn alam sekitar. Sebagai contoh guru melibatkan diri dlm

aktiviti gotong-royong di sekolah. Peranan lain ialah menunjukkan contoh teladan

Page 6

6


3) APAKAH AKTIVITI YANG BOLEH DIJALANKAN UNTUK MENINGKATKAN

KESEDARAN TERHADAP ALAM SEKITAR DI IPG.

1. Perkhemahan berkonsepkan alam sekitar

Melalui perkhemahan, nilai alam sekitar diterapkan melalui :

a) Peraturan perkhemahan

• Peserta perkhemahan tidak dibenarkan membuang sampah di merata-rata

tempat

• Penggunaan bahan kayu sepanjang perkhemahan terhad kepada

kayu/ranting yang patah secara semulajadi sahaja bukan dipatahkan oleh

peserta perkhemahan.

(b) Pengembaraan perkhemahan pasukan beruniform

Pengembaraan memberi peluang kepada ahli pasukan beruniform untuk :

• Mengembara dan membuat tinjauan alam semulajadi

• Mengembara sambil meneroka dan menjejak

• Mengembara sambil mencari bahan tersembunyi (pengembaraan misteri)

Ahli dilarang untuk mematahkan sebarang pokok semasa aktiviti pengembaraan

dijalankan.

c) Peralatan dalam Perkhemahan

Peralatan yang digunakan dalam perkhemahan menerapkan nilai alam sekitar

secara tidak langsung.

Contoh :

- Tugasan menyediakan kayu untuk gajet dan memasak dapat memberi

pengetahuan untuk mengenal jenis kayu yang harus dicari.

- Penggunaan sabut dan daun kering untuk dijadikan unggun api dapat

mengelakkan penggunaan kertas semasa perkhemahan.

2) Permainan Merintis Alam

Permainan ini termasuklah :

- permainan mengendap, mengesan atau menjejak binatang

- penyelidikan alam sekitar

- permainan mencari herba atau sumber perubatan hutan

Page 7

7


- kajian tanah dan batuan

- pengurusan bahan buangan

- aktiviti mengitar semula

Contoh :

* Hasil permainan merintis alam seperti serangga, bunga, herba dan sebagainya

diawet dan dijadikan rujukan oleh ahli yang lain.

3) Lawatan

Nilai alam sekitar terpupuk melalui lawatan ke agensi kerajaan seperti Institut

Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), hutan simpan dan Taman Negara

• Menghargai keindahan alam sekitar di sekeliling pelajar

• Melalui pemerhatian terhadap kemusnahan alam sekitar, individu akan

mengambil iktibar dan tidak mengulanginya dalam jangka masa panjang.

• Individu memegang prinsip mengiktiraf hak generasi akan datang.

4) Ceramah Alam Sekitar di IPG

• Nilai alam sekitar boleh dipupuk melalui sesi ceramah yang baik di peringkat

sekolah, NGO dan orang awam meliputi :

• - Paparan „slide show‟ atau video alam sekitar

• - Sesi dialog mengenai isu alam sekitar

• - Memberi peserta kemahiran-kemahiran tertentu memelihara alam sekitar

5) Khidmat Komuniti di IPG

• Khidmat komuniti dipenuhi dengan aktiviti mengadakan aktiviti gotong-royong,

tanam semula pokok, menjaga kebersihan.

• - Kesannya : memupuk kerjasama dan muafakat ke arah mengekalkan

keindahan alam sekitar, mengelakkan pencemaran dan perlindungan

ekosistem.

6) Pameran Alam Sekitar

• Pameran alam sekitar daripada agensi kerajaan dan NGO untuk

meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan alam sekitar, memupuk sikap

yang positif ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Program Kitar Semula di IPG

• Penerapan nilai alam sekitar program kitar semula melalui cara :

Similer Documents